e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013
Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

dukacita


sedih bila mengenangkan sesetengah dari teman yang kita sayang, mengambil kesempatan ke atas kita. kehadiran kita seperti tiada erti. mungkin dugaan. saya memang ditakdirkan tidak mempunyai ramai kawan, yang setia. kebaikan saya, dianggap kelemahan saya.

saya sayang kawan-kawan saya, tapi =,(

Thursday, July 14, 2011

kenapa

kenapa saya tengok kawan-kawan bahagia je dengan pasangannya. tapi ada je masalah dengan hubungan kami. memang lah adat ada masa-masa kita gaduh. tapi sedih lah bila jadi macam tu. kenapa dia tak hargai saya? macam-macam usaha yang saya buat untuk hubungan kami. dia tak nampak ke?

apa salahku, kau buat begini.

Tuesday, July 12, 2011

hati

harapan yang tak pasti

tolong saya

rapuh

Thursday, June 2, 2011

kematian itu pasti

innalillahi wainnailaihirajiun.

setiap yang hidup pasti akan mati. itu janji Allah kepada setiap makhluk di muka bumi. takziah kepada bakal tunangku di atas pemergian ibunda tercinta pada waktu asar tadi. sungguh tak sangka berita pemergian ini, terkilan kerana tak berkesempatan untuk berjumpa dengan ibunda bakal tunangku. tak sempat untukku bersalaman dengannya. sedih. 

semoga dirimu tabah menghadapi ujian ini abang, sayang akan sentiasa bersama mu. kuatkan semangat mu abang, ibumu pasti mahu melihat abang berjaya. jangan hancurkan kejayaan yang abang baru kecapi. insyaallah kita akan bersama satu hari nanti. sayang akan selalu berdoa untuk kita. sayang akan setia menunggu hingga abang pulih, hanya Allah yang dapat memisahkan kita. 

al- fatihah


campur aduk

perasaan saya bercampur - aduk. ada rasa marah, geram, meluat, sedih, happy, sesat. sungguh bosan dan rasa mahu keluar dari semua ini. boleh tolong saya? =(


PELAMIN
tiba - tiba rasa excited bila google - google tak tentu hala tergoogle pula koleksi pelamin yang sangat cantik. memang kebetulan sedang dalam mood nak kahwin, tak tau lah kenapa perasaan nak menamatkan zaman anak dara ini terlalu kuat sangat. belajar tak habis lagi. =,=
nampak lain dari yang lain - pilihan saya!
berunsurkan islam, ada kubah masjid sebagai bumbung pelamin. cantik juga.

RUMAH SEWA
rumah sewa dah jumpa tapi masalah housemates pula. itulah rumah yang paling dekat dengan fakulti dan tak perlu membazir bayar tiket bas rm1.00 pergi dan balik. banyak ragam betul, nak yang best - best cari sendiri. semua nak harap orang carikan. dah ada yang itu, itu saja lah. tak nak sudah. duduk sorang pon lantaklah. dah penat nak melayan, banyak lagi yang saya nak fikir. 

KULIAH
kelas semua dah setel, lecturer dan classmates okey. alhamdulillah semua bagus. mudah - mudahan semester tujuh ini saya dapat 4flat. saya yakin boleh buat! yang penting saya kena rajin berusaha insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman.

TOPUP
Alahai, kenapa lambat sangat kawan saya nak bagi topup ni. saya sangat - sangat memerlukan topup sekarang. ada banyak mesej - mesej penting yang tak dapat saya balas. pening kepala saya. nombor dia tak dapat dihubungi. duit saya pula memang tak cukup untuk buat belanja kalau saya beli lagi satu topup. kawanku, saya rasa terkilan. kenapa lambat sangat. saya kan sudah bagitau kredit saya sudah tinggal rm0.00 haritu. awak lupa ke? saya tunggu dari hari rabu petang lagi. saya nak marah tak sampai hati, tapi awak paham kan apa saya rasa. =,=
rasa terkilan. =,=

kesimpulannya, semua perasaan ada.

Tuesday, March 22, 2011

unhappy

i am not happy, my life is miserable right now. i'm in a lost, i don't know what to do. my spirit just gone i don't know where. if i can go back to the past, i want to do better. i'm lost, alone, hopeless, no where to go, feel to cry out loud on someone but don't know to whom. i feel like dying, feel like i don't belong to this world. i want to run away from this kind of feeling, it is really frustrated. would someone show me some concern? is anybody know my feelings? even my family. i am hopeless. T__T

Saturday, March 5, 2011

a regret

if i could turn back the time, i don't want to join that stuff. i am really2 disappointed with someone who responsible for making me in difficulty situation. what should i do? times cannot turning back idayu. i put in bahasa "nasi sudah menjadi bubur" . 

now, i don't have money in my saving (PTPTN). my parents, i don't want to ask money from them since my family are not from a rich group of living. it is very difficult to live when you don't have money. it's really affected my study because in my mind i always think how i could get some money to eat. now, i don't know what to eat, my stomach started to sing. milo and biscuits seems to be gone someday. 

ya allah. please give me some strength to move on. 

 i want to further my study Bachelor of science (Human Development & Management) UPM , but it needs a lot of money to invest. if i'm going to continue my loan PTPTN then the money+interest that i should pay must be very high. i am lost right now, what if i cannot pay my loan after i'm graduated? after i'm done the calculation, the total that i need to pay back is extremely high. when i'm thinking about it again and again, i tend to thinking about to stop my plan to further my study. to let go my dreams.

.sadness.
 Desktop Wallpaper · Gallery · Humor 
 Sadness

Wednesday, February 9, 2011

i just want !!

hey boys , listen carefully . a relationship is not an easy thing . it's not like u get a relationship with some girl and about two or three weeks later u clashed with her. no okey no !! how dare u if u ever thinks like dat !! please think first before u make a decision , don't be so immature when it comes to this matter . 

is there a serious relationship ever exist for me?

i just want a serious relationship , that ends with a good ending . have my own family , untill i die . 

Thursday, February 3, 2011

frustrated . idiot

terasa seperti orang bodoh sahaja. kenapa lah ada hati dalam badan kita ni, sebab benda itu selalu sakit. kenapa saya dah mula sayang pada seseorang tapi akhirnya membawa kesakitan yang sangat dalam. saya hanya mahukan seseorang yang dapat betul-betul terima keburukan saya yang berlambak-lambak ini. barulah saya akan menyayangi seseorang itu seperti menatang minyak yang penuh. susah untuk saya betul2 menerima seseorang, orang itu perlu ambil hati saya dulu barulah hati saya terbuka untuk menerima dia. tapi, jika dia tidak berbuaat begitu bagaimana saya dapat menerima dia sepenuhnya? saya perempuan, yang inginkan seseorang yang mampu menahan setiap apa yang sy lakukan pada dia. bukan sengaja berkelakuan jengkel, jelek, mengada-ngada tapi cume ingin lihat sejauh mana penerimaan seseorang itu. itu saja. 

terus terang saya cakap , saya seorang manusia yang tamak. saya nak kasih sayang yang sangat banyak melebihi semua yang ada. lelaki , jangan dekati saya jika tidak mampu bagi semua ini.


Wednesday, February 2, 2011

rindu rindu rindu


sakitnya bila rindukan seseorang . kita rindu sangat-sangat tapi tidak dapat berbuat apa-apa.

saya rindu setengah mati kat awak  =(

geram !!!

sakitnya hati !! rasa nak meletup saja. melampau betul lah , meluat tau tak ! tapi masalahnya mesti dia yang menang. tak nampak ke apa yang dia buat?? aaahhh !! tidak adil sungguh !!  benci lah bila orang bersikap pilih kasih , tidak adil , berat sebelah . macam butakan mata je sedangkan dia bersalah. saya juga yang dicari. macam saya je yang wujud , tapi dia dapat semua yang dia nak. dulu saya tidak dapat semua tu, tidak adil !!!

bila saya tidak ada lagi baru mereka tahu, dia tu tidak betul. sebab dia tu mana boleh diharap! geram gila !!  


UNFAIR = TIDAK ADIL

Tuesday, February 1, 2011

waiting

saya selalu menunggu , menunggu , menunggu & terus menunggu.

kenapa semua yang saya tunggu tidak pernah fikir pun tentang apa perasaan saya , apa yang saya rasa. saya tunggu tapi untuk apa , tiada apa-apa yang saya dapat. bila saya menunggu , dia tidak terfikir saya yang sedang menunggu dia. tapi akhirnya usaha saya sia-sia , dia buat tidak tahu saya menunggunya. paling kurang pun ucapkanlah terima kasih kerana menunggu dia. 

sakitnya menunggu seseorang , sedangkan orang itu tidak fikirkan tentang kamu. sakitnya bila kita mengharapkan sesuatu yang tidak selari dengan perasaan kita. mungkin kita tidak serasi.

Monday, January 24, 2011

kenapa ingatkan saya kisah lalu?

sedih. itulah yang ada dalam hati saya semasa menulis entry kali ini. kenapa masih diungkit kisah lalu, yang semua tahu cerita itu tidaklah mempunyai kenangan yang manis. hati saya sedih, terasa sungguh tidak bermaya, jiwa kosong, seperti saya kembali ke masa di mana hanya saya seorang saja di bumi ini. 

saya sudah tidak mahu ingat lagi kisah lalu, jka ianya hanya menyakitkan buat apa dikenang lagi. 

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed