e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013
Showing posts with label ANGRY. Show all posts
Showing posts with label ANGRY. Show all posts

Friday, July 22, 2011

apa lagi yang dia nak

entry tentang lelaki
kali ini entry saya tentang lelaki, bukan siapa-siapa pon tapi lelaki itu ialah buah hati jantung saya juga. saya tidak paham lah kenapa dia suka sangat buat hal yang sama. lepas tu akan berakhir dengan pertengkaran yang menyusahkan dan sememangnya saya tidak suka. siapa yang suka bila bergaduh dengan jantung hati kan. korang suka?

saya paham dia kerja, agak sibuk dengan urusan kerja. jadi saya bagi dia ruang untuk melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang bos. saya boleh je macam tu, saya sabar tunggu dia balik. tapi masalahnya, dia pula fikir bila saya tak mesej dia, dia fikir saya bergayut dengan lelaki lain lah, mesej dengan lelaki lain lah. kalau saya online facebook dia ingat saya chatting dengan lelaki lain. mana ada lah! saya tak akan buat macam tu bila saya dah ada lelaki yang saya sayang. saya setia!

dah berbuih mulut ini meyakinkan dia. ulang perkataan yang sama. tapi, situasi ini akan berulang. setiap hari mesti ada je gadoh. pastu elok balik. gadoh balik. saya pening dan tertekan sangat. lagi-lagi bila hari itu dia betul-betul tekanan dengan kerja dia, apa lagi bergadoh lah. masalahnya saya dah cakap baik-baik untuk tenangkan hati dia yang penat tu. tapi dia ni memang capat naik barannya.

sekarang, waktu saya sedang menaip entry ini, kami sedang bergaduh lagi. tak taulah kenapa, sejak semalam mood dia tak elok. dia kata semalam penat sangat, pastu mulalah dia ingat saya bergayut dengan lelaki lain. kerana saya tak mesej dia. saya tak mesej sebab dia cakap dia penat, jadi saya suruh dia rehat dulu. tapi dia terus-terusan menuduh saya ada lelaki lain. saya tak paham lah. apa yang dia nak ni?? suka sangat cari gaduh lah. lepas tu saya tak balas dah mesej-mesej dia.

hari ini, pagi-pagi lagi dia dah buat perangai. kali ini dia cakap saya bawa lelaki masuk rumah. saya memang tidak boleh terima! dia dah melampau sangat-sangat. saya paham dia penat. tapi jangan lah melebih-lebih membuat tuduhan. tak kisah lah tanya atau tuduh. tapi tetap memberi makna yang sama. ada lelaki kat rumah. saya memang sangat geram dan marah! saya ada hak untuk marah. selama ini saya biarkan je apa yang dia nak cakap, tapi pagi tadi dia dah lebih. sampai terkeluar dari mulut saya perkataan "gila". 

saya bukan jenis yang suka cakap kata-kata kasar dan kesat ni. ayah saya sangat marah kalau cakap macam tu. ayah saya pon garang. jadi saya dah diajar dari kecil lagi batas-batas pergaulan dengan lelaki. ayah saya memang tak bagi keluar rumah. siang tak boleh keluar apatah lagi waktu malam. sejak saya dah duduk rumah sewa ni, lagi lah dia berfikir yang bukan-bukan tentang saya. dia cakap saya ni terikut-ikut budaya keluar malam, bawa lelaki lah. dia ingat saya tak belajar agama ke?? ahhhh !!!!!


sedih sangat, saya sayang dia, tapi sanggup dia cakap macam tu
saya masih ada harga diri, jangan ingat saya diam saya terima

Thursday, July 21, 2011

apahal lah maxis ni

entry tidak puas hati, entry marah !!
kenapalah kau ni maxis, sungguh menyusahkan hidup aku! semakin hari semakin teruk servis yang kau bagi. aku dah topup, bukan guna line kau free-free okey. aku pelik kenapa kat perak je kau buat perangai. kat tempat lain okey pulak. tolonglah jangan mengada-ngada maxis oiii. menyusahkan hidup aku je.

lagi membebankan bila bf aku mula nak naik angin bila tak dapat call aku.lepas tu, dah dapat call tapi tak dengar suara pulak. mesej pon sama, kadang-kadang susah nak hantar mesej. eeiiishhh apahal dengan kau ni maxis?? dah muflis ke tak mampu nak improve line kat perak ni? adoiiii pening lah!

tolonglah elok-elok sikit eh!

Thursday, June 2, 2011

campur aduk

perasaan saya bercampur - aduk. ada rasa marah, geram, meluat, sedih, happy, sesat. sungguh bosan dan rasa mahu keluar dari semua ini. boleh tolong saya? =(


PELAMIN
tiba - tiba rasa excited bila google - google tak tentu hala tergoogle pula koleksi pelamin yang sangat cantik. memang kebetulan sedang dalam mood nak kahwin, tak tau lah kenapa perasaan nak menamatkan zaman anak dara ini terlalu kuat sangat. belajar tak habis lagi. =,=
nampak lain dari yang lain - pilihan saya!
berunsurkan islam, ada kubah masjid sebagai bumbung pelamin. cantik juga.

RUMAH SEWA
rumah sewa dah jumpa tapi masalah housemates pula. itulah rumah yang paling dekat dengan fakulti dan tak perlu membazir bayar tiket bas rm1.00 pergi dan balik. banyak ragam betul, nak yang best - best cari sendiri. semua nak harap orang carikan. dah ada yang itu, itu saja lah. tak nak sudah. duduk sorang pon lantaklah. dah penat nak melayan, banyak lagi yang saya nak fikir. 

KULIAH
kelas semua dah setel, lecturer dan classmates okey. alhamdulillah semua bagus. mudah - mudahan semester tujuh ini saya dapat 4flat. saya yakin boleh buat! yang penting saya kena rajin berusaha insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman.

TOPUP
Alahai, kenapa lambat sangat kawan saya nak bagi topup ni. saya sangat - sangat memerlukan topup sekarang. ada banyak mesej - mesej penting yang tak dapat saya balas. pening kepala saya. nombor dia tak dapat dihubungi. duit saya pula memang tak cukup untuk buat belanja kalau saya beli lagi satu topup. kawanku, saya rasa terkilan. kenapa lambat sangat. saya kan sudah bagitau kredit saya sudah tinggal rm0.00 haritu. awak lupa ke? saya tunggu dari hari rabu petang lagi. saya nak marah tak sampai hati, tapi awak paham kan apa saya rasa. =,=
rasa terkilan. =,=

kesimpulannya, semua perasaan ada.

Wednesday, February 9, 2011

my new handphone number

do u understand ??

very tired today , this morning my friend and i went out looking for a new number celcom and deposit a few RM at bank islam. trust me , it is so difficult to find celcom blue number rite now ( my place ofcoz ) we went to one store to another store until i got the best number. about 5 stores okey. uurghhhh =,=

 
look carefully guys , the package !! =D

the reason why i bought a new number , celcom blue ?? before dis i used maxis but lately in my university , the maxis coverage is totally pissed me off , no coverage at all during the day , only at midnight ( 5am-7am ) the coverage is okey . what the fish !! =,=

Wednesday, February 2, 2011

geram !!!

sakitnya hati !! rasa nak meletup saja. melampau betul lah , meluat tau tak ! tapi masalahnya mesti dia yang menang. tak nampak ke apa yang dia buat?? aaahhh !! tidak adil sungguh !!  benci lah bila orang bersikap pilih kasih , tidak adil , berat sebelah . macam butakan mata je sedangkan dia bersalah. saya juga yang dicari. macam saya je yang wujud , tapi dia dapat semua yang dia nak. dulu saya tidak dapat semua tu, tidak adil !!!

bila saya tidak ada lagi baru mereka tahu, dia tu tidak betul. sebab dia tu mana boleh diharap! geram gila !!  


UNFAIR = TIDAK ADIL

Monday, January 17, 2011

ANNOYING !!!!

DAMN !! you are so annoying , irritating !! you make me sick okey. x cukup lagi ke kau sakitkan hati aku? kau nak tambah2 lagi kan. sekarang kau memang manusia yang x berhati perut, sampai mati pun aku akan ingat! kau betu2 dah cabar tahap kesabaran aku. kau ingat kau sorang je ke yang ada perasaan? sekarang kau bahagia, aku sakit. kau akan tau dunia ni macam mana!

banyak yang bercinta bertahun-tahun putus jugak!
 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed