e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Saturday, April 27, 2013

Terlupa rakaat masa solat???

Assalamualaikum..

Korang pernah mengalami situasi macam ni tak?

Soalan : 
Apa patut kita buat jika terlupa rakaat semasa solat? Kena berhenti dan solat semula kah?

Jawapan ustaz : 
Itulah bijaknya syaitan melalaikan kita dan betapa lemahnya kita kerana terpedaya dengan tipu helah syaitan. Konsepnya mudah sahaja apabila terlupa dalam solat iaitu hendaklah membina atas keyakinan.

Contohnya terlupa bilangan rakaat sama ada tiga atau empat rakaat. Cuba ingati semula susur galur solat untuk mempastikan bilangan yang yakin. Jika tidak dapat, maka ambillah rakaat yang paling sedikit iaitu tiga rakaat.

Sabda Nabi S.A.W :
“Jika seseorang daripada kamu syak dalam solatnya, lalu dia tidak tahu berapa rakaat telah dilakukannya. Adakah tiga atau empat? Maka buanglah syak dan peganglah apa yang diyakini (buatlah jumlah rakaat yang diyakini). Kemudian sujudlah dua kali sujud sebelum memberi salam. Jika dia telah melakukan lima rakaat, maka ia (kedua sujud dan duduk antaranya) menggenapkan solatnya. Jika dia telah melakukan sempurna empat rakaat, kedua sujud itu sebagai satu tanda kehinaan bagi syaitan”. (Hadis Riwayat Muslim)

Jadi tak perlulah untuk menghentikan solat lalu memulakan solat baru. Jangan pula diambil bilang rakaat yang banyak . Kalau ambil bilangan rakaat yang banyak lalu pada hakikatnya kurang, maka solat itu tidak sempurna. Tetapi kalau diambil bilangan rakaat yang sedikit lalu pada hakikatnya sudah terlebih , itu tidak mengapa.

Islam itu memudahkan umatnya, saya sayang agama saya iaitu Islam.
LOVE ISLAM, NO WAR

1 comment:

SyedGraphiX dot Com said...

Pernah juga jadi. Lemahnya rasa diri ni. waaa T.T

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed