e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Monday, February 20, 2012

Kenapa kenapaaa !!!

Jiwaku hilang berterbangan bersama angin yang membawa segala harapan dan impianku. Kenapa jadi macam ni. Ya Allah, apakah ada hikmah di sebalik ujian yang Kau beri? Atau adakah ini satu hukuman kepadaku? Sedih dan hancur luluh hati ini tatkala melihatnya. Satu - satunya harapan untuk aku mengubah nasib hidupku sudah tiada.

Bagaimana lagi untuk aku lakukan? Impian aku untuk menyambung pengajian peringkat degree di uitm tidak berjaya walaupun rayuan sudah dibuat. Apa lagi yang kurang? Sejak dari diploma lagi impian aku sudah hancur, cita - cita aku ingin menjadi "designer" tapi aku dapat diploma akaun ! Bukan atas kerelaanku, tapi atas permintaan ayahku! Hanya kali ini saja aku ingin mengecapi impian aku untuk menyambung degree dalam sistem pejabat, tapi kenapa masih tidak layak? Bila aku sudah bersemangat untuk sambung belajar, Aku nak sangat - sangat dengan kursus yang aku pilih tapi kenapa jawapannya mengecewakan????

Kenapa dunia ini seakan - akan tidak adil kepadaku? Aku sudah cuba yang terbaik, kenapa susah sangat untuk aku mendapat peluang itu. Aku jadi tidak betul dengan memikirkan masa depan yang semakin gelap. Hidup aku sekarang ini pun masih lagi tidak menentu, kerja dengan mengharapkan sijil diploma akaun yang tak seberapa. Ada ke yang nak ambil aku nanti? Aku tidak minat akaun !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bukan jiwa aku bidang kira - kira ni. Tapi aku dipaksa!!! Cukuplah sudah 4 tahun aku terseksa belajar akaun, aku tak larat. 

Adakah aku tidak layak untuk dapat apa yang aku nak? Aku betul - betul nak sambung belajar, aku nak ubah  nasib aku. Aku nak jadi lebih berjaya, dengan usaha aku. Aku nak dapatkan pointer yang bagus. Aku nak dapat kerja yang bagus, yang dapat menampung hidup aku dan keluarga tanpa menyusahkan orang lain. Kenapa aku sering saja  tidak bernasib baik seperti kawan - kawan aku. Mereka bijak. Aku ni....

Kalau aku boleh undurkan masa, aku pasti sudah berada di mana - mana IPTA menyambung pengajian dalam peringkat degree. Sebab aku mulanya seorang pelajar tingkatan 6 aliran sastera. Memang itu yang aku nak, sebab nanti aku boleh minta degree dalam bidang yang aku minat. Aku minat bidang office administration/setiausaha. Tapi aku dipaksa masuk diploma akaun, akauntan bukan jiwa aku!!! Sekarang masa depan aku sudah musnah !!!

Sekarang apa yang aku dapat? Belajar pun kerana terpaksa, aku seakan - akan terumbang - ambing mencari hala tuju hidup aku. Seperti tidak berguna, sia - sia saja aku habiskan 4 tahun belajar. Sepatutnya 3 tahun je diploma tapi aku tersangkut. Paham - paham sajalah bila dah macam tu. Tapi bukan aku tidak berusaha, siapa yang nak extend? Semua nak habiskan belajar tepat pada masanya. Semua nak berjaya dengan cemerlang. Tapi aku ni, sampai sakit - sakit belajar masih macam tu juga. Result aku tidak boleh dibanggakan.

Kenapa kenapaa kenapaaaaaaaaaaaaaa !!!!!!!!!


.

2 comments:

Echa said...

babe, ada hikmah di sebalik kejadian ni.
maybe one day, akan jumpa kebaikan pd usaha babe spjg ni..InsyaAllah.. :)

baashah;D said...

everything happened for the goods..if u keep pushing things..they'll get harder..

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed