Takutnya bila terfikirkan masa depan yang kita tidak pasti. Apa akan jadi, kerja bagus ke kerja gaji biasa - biasa. Senang dapat kerja atau duduk tanam anggur bertahun - tahun. Adakah syarikat - syarikat yang mahu mengambil aku bekerja? Result diploma pun macam cukup - cukup bagi makan anak kucing je. Aduhai.
Banyak halangan pula bila dah berkobar - kobar nak sambung belajar. "Anda tidak layak untuk menyambung pengajian di peringkat degree dalam bidang Sumber manusia" - lebih kurang begitulah apa yang uitm cakap. Terus jatuh merudum semangat nak belajar, walaupun uitm buka daftar rayuan untuk sambung belajar. Tapi aku tak dapat minta kursus yang aku nak (human resource) aku kena tukar kepada degree sistem pejabat.
Ada juga aku isi SPA eh? Mana - mana tempat untuk minta kerja semua aku isi. Resume semua aku dah bagi, mana - mana yang kata ada jawatan kosong. Mestilah hanya kepada pekerjaan yang aku mampu dan sesuai dengan kebolehan aku. Tentang gaji, aku tengok juga yelah kalau boleh nak terus dapat kerja tetap, gaji pun mesti mantap. Kehidupan sekarang budget besar beb!
Hati aku terbahagi dua! Nak sambung belajar atau kerja? Kalau sambung belajar, aku takut uitm campak merata je. Nanti aku pula yang ternganga, belajar ke mana aku ke mana. Kalau aku dapat kat Shah Alam mungkin aku terus sambung belajar. Tapi kalau tak dapat sedih juga! Aku nak genggam dua sijil - diploma dan degree! Apapun kita tak tahu apa akan berlaku, Allah dah tentukan semuanya. Sedih pula tiba - tiba.
Andai kata aku dapat tawaran kerja yang bagus, menepati piawaian aku (ceeehhhh) aku terima dengan hati terbuka. Itupun kalau ada, rezeki durian runtuh ni hanya terjadi pada orang tertentu je. Jadi kenalah saya berusaha dengan kuat dan tidak lupa juga berdoa pada yang Maha Esa.
Susah - susah sangat kahwin je ! Tak payah nak susah - susah, ada orang jaga. hahaha.
.
No comments:
Post a Comment