Setiap yang hidup pasti akan mati. Kemudian lahir lagi seorang hamba Allah SWT ke muka bumi. Begitulah putaran hidup manusia dan makhlukNYA, yang pergi tetap akan pergi. Tidak kira umur/pangkat, ajal itu pasti.
Tapi sudah bersediakah kita untuk menghadapi kematian? Kita tidak tahu bila ajal kita tiba, bagaimana caranya. Bersediakah kita? Kalau boleh kita semua nak meninggal dengan cara yang baik, beriman dan senang. Tapi rahsia Allah SWT kita tidak tahu. Begitu kerdil rasanya diri ini.
Sempatkah aku bertaubat, menjadi hambamu yang sebetulnya layak untuk menjadi salah seorang ahli syurgamu? Sudikah KAU menerima taubat ku? Adakah aku masih di bawah perlindunganMU? Janganlah KAU pergi dari hidupku, aku masih lemah dalam menempuh hidup yang penuh dengan godaan duniawi.
Sahabatku, sudah kembali kepadaNYA. Berita ini sungguh mengejutkan. Aku pernah tidur, makan dan bergelak ketawa bersamanya. Tapi untuk beberapa minggu sahaja. Bagiku, tatkala mendengar berita kematiannya, hatiku tetap terasa sedihnya akan pemergian sahabatku itu. Semoga Allah SWT menempatkan dia di kalangan orang-orang yang beriman.
AL-FATIHAH
No comments:
Post a Comment