Bagi yang berharta, senang je nak gunakan kelebihan yang ada untuk mempergunakan mereka yang tidak berharta. Pentingkan diri sendiri, mungkin. Demi untuk merealisasikan impian, sanggup memperbodohkan orang lain untuk satu impian. Sungguh kurang ajar.
Kamu semua pernah rasa dianiaya? Saya pernah dan banyak kali. Bila kita ikhlas tapi tidak sangka usaha kita tidak dihargai. Awal nampak baik, tapi akhirnya ditikam dari belakang. Seperti dipergunakan untuk kepentingan sendiri. Mula-mula memang boleh bersabar, tapi dia pula semakin seronok membodoh-bodohkan kita. Jangan ingat dunia ini kau yang punya.
Kepada mereka yang teraniaya tu, jangan sesekali bagi peluang orang lain pijak kepala kita. Sebelum dia bertindak, kita bagi "warning" dulu. Apapun, hidup kita di dunia ini selalulah berbuat baik sesama manusia. Jangan kerana nafsu, orang lain yang binasa. Eh!
kesian anjing ni, sebab tuannya dia jadi macam ini.
.
No comments:
Post a Comment