e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Friday, July 22, 2011

apa lagi yang dia nak

entry tentang lelaki
kali ini entry saya tentang lelaki, bukan siapa-siapa pon tapi lelaki itu ialah buah hati jantung saya juga. saya tidak paham lah kenapa dia suka sangat buat hal yang sama. lepas tu akan berakhir dengan pertengkaran yang menyusahkan dan sememangnya saya tidak suka. siapa yang suka bila bergaduh dengan jantung hati kan. korang suka?

saya paham dia kerja, agak sibuk dengan urusan kerja. jadi saya bagi dia ruang untuk melaksanakan tugas-tugasnya sebagai seorang bos. saya boleh je macam tu, saya sabar tunggu dia balik. tapi masalahnya, dia pula fikir bila saya tak mesej dia, dia fikir saya bergayut dengan lelaki lain lah, mesej dengan lelaki lain lah. kalau saya online facebook dia ingat saya chatting dengan lelaki lain. mana ada lah! saya tak akan buat macam tu bila saya dah ada lelaki yang saya sayang. saya setia!

dah berbuih mulut ini meyakinkan dia. ulang perkataan yang sama. tapi, situasi ini akan berulang. setiap hari mesti ada je gadoh. pastu elok balik. gadoh balik. saya pening dan tertekan sangat. lagi-lagi bila hari itu dia betul-betul tekanan dengan kerja dia, apa lagi bergadoh lah. masalahnya saya dah cakap baik-baik untuk tenangkan hati dia yang penat tu. tapi dia ni memang capat naik barannya.

sekarang, waktu saya sedang menaip entry ini, kami sedang bergaduh lagi. tak taulah kenapa, sejak semalam mood dia tak elok. dia kata semalam penat sangat, pastu mulalah dia ingat saya bergayut dengan lelaki lain. kerana saya tak mesej dia. saya tak mesej sebab dia cakap dia penat, jadi saya suruh dia rehat dulu. tapi dia terus-terusan menuduh saya ada lelaki lain. saya tak paham lah. apa yang dia nak ni?? suka sangat cari gaduh lah. lepas tu saya tak balas dah mesej-mesej dia.

hari ini, pagi-pagi lagi dia dah buat perangai. kali ini dia cakap saya bawa lelaki masuk rumah. saya memang tidak boleh terima! dia dah melampau sangat-sangat. saya paham dia penat. tapi jangan lah melebih-lebih membuat tuduhan. tak kisah lah tanya atau tuduh. tapi tetap memberi makna yang sama. ada lelaki kat rumah. saya memang sangat geram dan marah! saya ada hak untuk marah. selama ini saya biarkan je apa yang dia nak cakap, tapi pagi tadi dia dah lebih. sampai terkeluar dari mulut saya perkataan "gila". 

saya bukan jenis yang suka cakap kata-kata kasar dan kesat ni. ayah saya sangat marah kalau cakap macam tu. ayah saya pon garang. jadi saya dah diajar dari kecil lagi batas-batas pergaulan dengan lelaki. ayah saya memang tak bagi keluar rumah. siang tak boleh keluar apatah lagi waktu malam. sejak saya dah duduk rumah sewa ni, lagi lah dia berfikir yang bukan-bukan tentang saya. dia cakap saya ni terikut-ikut budaya keluar malam, bawa lelaki lah. dia ingat saya tak belajar agama ke?? ahhhh !!!!!


sedih sangat, saya sayang dia, tapi sanggup dia cakap macam tu
saya masih ada harga diri, jangan ingat saya diam saya terima

2 comments:

Syafiqah Tarmizi said...

dear miss honey,
:) saya suke baca blog kamu.. InsyaAllah, saya doakan semoga hubungan kamu dgn kekasih hati kamu kekal sehingga akhir hayat.. :)
senyum ya

adilah said...

sabar ayu. takpela. dy ta kenal lg kawan2 ayu kat cni kot.
kalo dy naek angin, ayu mgalah je ckit.
InsyaAllah 1 hari nti dy akn phm.

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed