e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013
Showing posts with label KESihAtan. Show all posts
Showing posts with label KESihAtan. Show all posts

Friday, September 2, 2011

tips kurus

musim raya mesti ramai yang mengalami masalah kenaikan berat badan. saya juga turut mengalami masalah tersebut, rasanya sebelum raya lagi dah naik berat badan. hehe. macam-macam cara dah saya cuba tapi tidak membuahkan hasil. tambahan pula saya ni gemok sejak kecil, jadi agak susah nak dapat body macam model-model di luar sana.

tengah google-google saya terjumpa satu blog si gadis yang menceritakan tentang pengalamannya mengurangkan berat badan. dia berjaya kurangkan berat badan sebanyak 10kg dalam masa sebulan! setelah membaca pengalaman beliau, saya terus mendapat semangat untuk kurus. nak kurus ni bukan senang, kena ada disiplin.

menurut pengalaman beliau :
amalkan minum lasindah cafe
amalkan losyen mustajab super hot pagi dan sebelum tido
bioglo body lite - untuk membakar lemak semasa kita bersenam
tidak tinggal sarapan pagi, wajib makan!
tidak makan tengahari
tidak makan nasi, ganti dengan roti/bihun/spageti
makan sebelum 8.00 malam
sentiasa makan berkuah/bersup
minum 8 gelas sehari/lebih
setiap petang jogging 30 minit - pakai bioglo body lite
tidur awal
kalau lapar makan buah - apple hijau terbaik
mandi sebelum makan
minum air 15-30 minit selepas makan

bioglo bodylite - rm 40
boleh beli kat cosway, berkesan semasa kita melakukan aktiviti kecergasan seperti jogging. pakai produk ni di tempat bermasalah, nanti ia akan mengeluarkan peluh. maknanya produk ini membantu proses pembakaran lemak dengan lebih efektif.

credit to : fyna

Wednesday, July 20, 2011

kuiz personaliti diri

tengah bosan malam ni, takde benda nak dibuat. tengok-tengok blog orang terjumpa entry menarik ni. saja nak kongsikan dengan korang. =) 

sila jawab dengan jujur =)
ada lima situasi berlaku serentak:
1) air mendidih kat dapur
2) air melimpah kat bilik air
3) bayi anda menangis
4) telefon berbunyi
5) ada orang ketuk pintu

tugas korang ialah korang kene fikir situasi manakah yang paling korang utamakan dahulu. antara lima situasi di atas, susun mengikut kepentingan dan keutamaan. bayangkan dan susun lah.


jangan percaya 100% okey. saja cuba-cuba okey kan =)

Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

• Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih: 
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

• Kalau anda memilih untuk menutup pilih air yang melimpah di bilik air: 
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis: 
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi: 
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

• Kalau anda memilih untuk membuka pintu: 
menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

credit : senyumsokmo1990

Thursday, July 14, 2011

Tanda-tanda lelaki merajuk


Diam Seribu Bahasa
Dia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti "awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi" (walhal perut lapar... nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan... )

Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat Khabar
Bab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!

Matikan Telefon Bimbit
Ha ni satu lagi tabiat lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa, bila dah rindu call jugak last-lastnyer!

Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun...

p/s : kalau dia merajuk, selalu dia akan cuba tarik perhatian dengan buat "drama melayu"  je. =p

credit to : http://www.tentangcinta.com/

Sunday, June 19, 2011

handmade masker =)

Masker Putih Telur
Fungsinya : Mengencangkan kulit wajah
Caranya : Pisahkan putih telur dengan kuning telurnya. Campurkan putih telur dengan limau nipis dan madu. Lalu gunakan pada wajah selama 10 menit, dan bersihkan dengan air hangat. Sesuai untuk kulit wajah normal dan cenderung berminyak.

Masker Kuning Telur
Fungsinya : Kuning telur yang mengandung banyak vitamin A, mampu membantu menghilangkan noda bekas jerawat.
Caranya : Pisahkan kuning telur dengan putih telurnya. Cukup oleskan kuning telur ke seluruh wajah dan leher. Biarkan selama 30 menit. Bersihkan dengan air dingin. Sesuai untuk kulit wajah berminyak.

Masker Pepaya
Fungsinya : Menghilangkan jerawat.
Caranya : Pepaya dihaluskan dengan blender. Boleh dicampur dengan limau nipis. Setelah halus,tempelkan pada wajah selama 15-20 menit, lalu bilas wajah dengan air hangat.
Masker Tomato
Fungsinya : Menghaluskan wajah, melincinkan kulit wajah menghilangkan noda hitam dan jerawat di wajah.
Caranya : Pilih tomato yang segar. Usapkan tomato yang sudah di potong ke wajah, dan biarkan hingga kering. Bilas dengan air hangat.

Masker Apel
Fungsinya : kandungan zat anti lemaknya mampu mengangkat kotoran yang menempel pada kulit wajah.
Caranya : Haluskan apel dengan blender. Kemudian oleskan pada wajah, biarkan hingga 15 menit. Kemudian bilas dengan air hangat hingga bersih. Sesuai untuk kulit berminyak karena kandungan zat alami pada apel mampu meneutralkan minyak yang berlebihan pada wajah.

Masker Pisang
Fungsinya : Membuat kulit akan tampak lebih mulus serta bersih
Caranya : Lumatkan 1/2 potong buah pisang, lalu oleskan ke seluruh wajah dan diamkan selama 15-20 menit. Kemudian bilas dengan air hangat dan bilas lagi dengan air dingin.


Sunday, June 12, 2011

bedak ronasutra

baru - baru ini ada satu lagi produk kecantikan iaitu "RONASUTRA MINERAL MAKEUP" . sebelum ini produk " BB CREAM " yang popular dikalangan artis korea. sekarang, Malaysia sendiri sudah mampu menghasilkan produk kecantikan setanding dengan negara luar. 


banyak iklan - iklan berkenaan dengan RONASUTRA MINERAL MAKEUP ini. antara kelebihannya ialah
 Tahan sehingga 16 JamTidak cair, berminyak atau menyumbat pori-pori kulit walaupun dalam cuaca panas atau selepas aktiviti riadah. Lain dari yang lain! Formula dan kandungan yang suci, halal dan bebas pewangi. Boleh dipakai pada waktu solat atau ketika menunaikan ibadat Haji/Umrah tanpa sebarang was-was.Boleh dipakai di waktu tidur tanpa menyebabkan pemudaratan pada kulit.Warna-warna dicipta khas untuk kulit Asia (tanpa penggunaan pigmen biru yang lazimnya terdapat dalam bedak solekan lain)
 
produk ini didatangkan dengan 5 warna berbeza mengikut warna kulit wanita asia
MOCHA , HONEY , NATURAL BUFF , SAWO YELLOW , CRAM PEACH

satu hari nanti saya mesti dapatkan juga. harganya pun berpatutan RM48.

Saturday, June 4, 2011

khasiat TOMATO




Berasal dari keluarga Solanaceae, tomato kaya dengan zat besi, serat serta vitamin A dan C yang diperlukan untuk mengekalkan kecergasan badan. Ia juga mengandungi fruktosa, glukosa, asid folik, potasium, kalsium dan mineral garam. Malah kajian di Amerika Syarikat mendapati pigmen merah pada kulit tomato mengandungi lycopene yang dikatakan mampu mengurangkan risiko barah prostat di kalangan kaum lelaki. Lycopene menawarkan khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

Khasiat tomato juga berkait rapat dengan kecantikan kulit. Sayuran ini dikatakan berkesan untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Anda boleh cuba petua dan cara-cara penjagaan kulit menggunakan tomato.

Mengecilkan liang roma
Campurkan satu sudu jus tomato segar dengan dua hingga empat titik jus limau. Sapukan bahan tersebut menggunakan kapas pada kulit wajah dan urut perlahan-lahan. Biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air suam untuk mengecilkan lagi liang roma, selepas itu sapukan pelembap muka.

Merawat jerawat
Hancurkan tomato segar dan sapu rata bahan tersebut pada kulit muka yang berjerawat. Biarkan sejam atau lebih sebelum dibilas dan dikeringkan. Buat setiap hari sehingga jerawat hilang.

Membersihkan kulit muka
Topeng muka menggunakan campuran tomato dan avokado amat sesuai untuk kulit kombinasi (berminyak, biasa dan kering) kerana ia menggabungkan astringen dan antiseptik yang boleh mengurangkan kandungan minyak serta noda hitam pada kulit.

Topeng penyegar muka ini kaya dengan vitamin A, C dan E - kesemuanya penting untuk kulit yang sihat. Untuk membuat topeng muka ini, hancurkan tomato dan avokado dalam mangkuk dan sapukan pada muka, bilas selepas 20 ke 30 minit.

Boleh juga sapukan campurkan jus tomato segar dengan jus timun pada kulit muka untuk mengawal minyak and jerawat.

Menyejukkan kulit yang rosak
Kisar sebiji tomato dan campurkan dua sudu yogurt. Sapu bahan tersebut pada kulit muka dan biarkan selama 20 minit. Bilas dengan air suam.

Gabungan tomato dan yogurt mampu menyejukkan kulit dan mengurangkan kesan kesakitan termasuk akibat selaran matahari dan kerengsaan kulit.

Ini kerana yogurt merangsang protein pada kulit dan menjadikannya lembut manakala tomato menyejuk dan meneutralkan permukaan kulit

Saturday, March 19, 2011

indeks cemburu kaum lelaki mengikut horoskop

aquarius (January 20 -February 18)
lelaki aquarius biasanya akan menggunakan ayat2 yang memerli untuk menunjukkan perasaan cemburunya. jangan ingat dia sedang bergurau. apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang sahaja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
indeks: xxx

pieces (February 19 -March 20)
lelaki yang paling mulia dan baik hati, paling kuat cemburunya. tak lain tak bukan lelaki pieces. indeks cemburunya amat memeranjatkan. kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. air matanya juga akan menenggelamkan anda.
indeks: xxxxx

aries (March 21 -April 19)
lelaki aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. selain seorang yang suka memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. tidak kira dalam apa jua perkara, dia berharap menggunakan kuasa dan tenaganya untuk menyelesaikannya. apabila berhadapan dengan musuh kekasih dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnya.
indeks: xx

taurus (April 20 -May 20)
lelaki taurus adalah lelaki yang sangat peramah dan jujur. tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam denga lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
indeks: xxxx

gemini (May 21 -June 20)
lelaki gemini menganggap cemburu itu sebagai satu permainan sahaja. dia ialah seorang yang suka main2. oleh tu, dia paling benci akan cinta secara paksa. malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan perempuan lain walaupun sudah memiliki keksasih. 
indeks: x

cancer (June 21 -July 22)
secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki gemini. dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah akakn selalu berhimpit dengan kekasih. ini kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan perasaan tidak selamat. bayangkan kalau kekasihnya meninggalkannya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
indeks: xxxxx

leo (July 23 -August 22)
lelaki leo sangat ego dan sangat tabah. dia tidak akan cemburu kepada perkara yang remeh-temeh. dia tidak akan menyebabkan air mukanya jatuh kerana cemburu. walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marahnamun dia tetap akan mengekalkan perasaan tenanguntuk berbncang dengan kekasihnya.
indeks: xx

virgo (August 23 -September 22)
cemburu lelaki virgo amat memeranjatkan. lelaki virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan pemikiran yang luas. cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. walaupun dia mencintai kekasihnya namun tetap bergaduh besar kerana cemburu.
indeks: xxxx

libra (September 23 -October 22)
lelaki libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, dia rela mengekalkan penampilan yang baik. sebenarnya dia tidak ingin menmbulkan perselisihan dengan kekasihnya kerana cemburu yang hanya akan menjejaskan hubungan mereka.
indeks: x

scorpio (October 23 -November 21)
semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. tetapi cemburunya juga tidak kurang. sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
indeks: xxxx

sagittarius (November 22 -December 21)
lelaki sagttarius juga boleh cemburu, namun cemburunya datang dengan cepat perginya juga cepat. dia selalu cemburu sebelum mengenalpasti perkara sebenar. apabila mengetahui perkara sebenarnya cempuru pun reda. tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kesaihnya yang selalu membuatnya cemburu.
indeks: xxx

capricorn (December 22 -January 19)
lelaki capricorn mempunyai sikap pesimistik. dia merasa rendah diri dalam kehidupan. apabila dia berasa cemburu dia tidak akan menunjukkan kepada kekasihnya tetapi akan melepaskan pada tempat lain seperti bersukan atau bekerja.
indeks: xx

p/s : si dia PIECES <3 =)

Tuesday, February 1, 2011

CIUMAN mengikut zodiak


Aquarius
Sesuai dengan lambangnya, air, warga Aquarius ternyata memiliki ciuman yang basah dan agak serabutan. Selain itu, pada saat ciuman berlangsung mereka umumnya cenderung membuka mata lebar-lebar.


Pisces
Orang-orang dengan bintang berlambang ikan ini memiliki gaya berciuman pandangan mata tajam, penuh nafsu dan ghairah, serta wow... berlangsung cukup lama! Bagaimana, apakah gaya berciuman Anda ternyata sesuai dengan bintang anda


Capricorn
Ciuman-ciuman yang didaratkan oleh orang- orang berbintang Capricorn khabarnya sangat-sangat romantis. Bahkan saking romantisnya, ciuman ala mereka kerap menjadi ubat pembunuh stress!


Aries
Orang-orang Aries ternyata memiliki gaya berciuman yang cepat dan penuh dengan nafsu. Tapi sayangnya ciuman dahsyat tersebut biasanya cepat pula selesainya.


Taurus
Berbeza dengan mereka yang berada di bawah naungan Taurus, dimana ciuman mereka umumnya berlangsung sangat perlahan, tidak tergesa-gesa, tenang,penuh kemesraan dan berlangsung terus... terus... dan terus.


Gemini
Orang-orang Gemini konon mempunyai peribadi yang hangat dan ceria. Tidak heran jika gaya berciuman mereka kekadang diselingi oleh senyuman bahkan juga tawa lebar. Asyiknya, sifat warga Gemini yang terkenal gemar melakukan sesuatu yang baru itu pun dilakukannya dalam melakukan ciuman. Jadi banyak kejutannya!


Cancer
Warga Cancer memang terkenal dengan sikapnya yang hati-hati, agak tertutup dan cenderung ingin selalu dilindungi. Tak heran jika dalam urusan berciuman mereka lebih suka melakukannya dengan lembut, hangat, dan seperti tidak mau lepas saja!


Leo
Orang-orang Leo yang terkenal keras dan tegas ternyata memiliki gaya berciuman yang liar, tanpa malu-malu, bahkan tidak segan- segan untuk menggigit dan mencakar! Pun warga bintang berlambang singa ini ternyata sangat senang jika mendapat pujian dari pasangannya, utamanya pujian atas ghairahnya yang luar biasa.


Virgo
Warga Virgo memiliki gaya berciuman yang halus, lembut, rapi,sampai sang pasangan pun bakal terkesima dibuatnya.


Libra
Gaya berciuman warga Libra konon kurang hangat! Kenapa? Kerana mereka pada umumnya terlalu khuatir dengan urusan di luar hasrat mereka. Belum lagi,mereka gemar menghela nafas di tengah-tengah ciuman.


Scorpio
Percaya atau tidak, orang-orang di bawah naungan Scorpio rupanya tidak terlalu suka dengan ciuman. Kerananya, jangan kaget apabila dalam sebuah hubungan intim mereka kerap melewatkan aktiviti yang satu itu dan lebih suka langsung menuju sasaran.


Sagitarius
Hmmm... berbahagialah Anda yang berbintang Sagitarius atau pun yang memiliki pasangan dengan bintang ini. Pasalnya, mereka yang berbintang dengan lambang busur panah ini memiliki gaya berciuman yang mengejutkan, spontan,dan... mengghairahkan. Tak heran jika konon banyak orang yang menanti-nanti ciuman ala si Sagitarius ini.


Monday, January 24, 2011

virus menular

sekarang saya tengok ramai kawan-kawan saya batuk2 , bersin2 , demam. seperti berjangkit pula , seperti saya juga tiba2 diserang batuk2 , selesema & demam sekaligus. roomate saya yang baru pulang dari trip di taiping , kerana cuaca yang berubah-ubah dia diserang demam selesema. saya yang tidak ke mana-mana pun berjangkit juga. seksanya! =(

saya tidak suka keadaan sekarang ( demam+batuk+selesema ) sebab selesema saya ni lain macam sikit. mungkin kerana saya ada penyakit resdung yang agak teruk jadi bila saya diserang selesema keadaannya agak teruk sedikit. memang seksa saya menanggungnya. 

semoga cepatlah saya sembuh dari penyakit ini. saya tidak larat , bila demam panas ni saya memang lambat nak sembuh , dalam 2 minggu baru nak sembuh. susah lah nanti efect kat kuliah. hmmm

saya nak sihat , saya taknak demam =(

Saturday, January 15, 2011

rahsia kedudukan anda dlm family

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh 
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas 
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas 

Wanita berunsurkan Tanah 
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti: 

* Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
* Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
* Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
* Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami. 

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 

* Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat. 
* Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup. 
* Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
* Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah. 

Wanita yang berunsurkan Api 
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api: 

* Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu. 
* Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga. 
* Penasihat yang baik kepada suami. 
* Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami. 
* Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. 

Wanita berunsurkan Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin: 

* Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami. 
* Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah. 
* Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami. 
* Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan

air , api , tanah , angin

WANITA TANAH 

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus (21 April-20Mei), Virgo (24Ogos-23 September) dan Capricon (22 Disember-20 Januari) 

Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa 



WANITA API 
Wanita api dilahirkan di bawah zodiak Aries (21 Mac-20 April), Leo (24 Julai-23 Ogos) dan sagittarius (23 November-21 Disember). 

Dilahirkan sebagai pemimpin Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya. Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris. Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan. Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan 


WANITA ANGIN 
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini (22 Mei-21 Jun), Libra (24 September-23 Oktober) dan Aquarius (21 Januari-19 Februari). 

Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan. Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai. Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh. Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik. Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi. Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka. Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja 


WANITA AIR 
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer (22 Jun-23 Julai), Scorpio (24 Oktober-22 November) dan Pisces (20 Februari-20 Mac). 

Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati .Mempunyai sifat mudah bersimpati. Berdaya imaginatif sentimental Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

Tuesday, December 14, 2010

6 hubungan yg membawa kegagalan

assalamualaikum...
sy nak share sumting dgn korang semua,mybe berguna untuk korang dlm kehidupan bercinta korang..huhu..ekceli sy terjumpe info ini dalam majalah remaja & tertarik sekali untuk share kt post kali ini..so renung2kan & selamat beramal =)
hubungan yg dimulakan dari bertepuk sebelah tangan
bukan semua cinta yg bermula dri suka sama suka.ada yg dimulai dgn lelaki yg tergila-gilakan seorang gadis & juga sebaliknya. telefon lebih 5 kali sehari & sanggup berhabis duit semata-mata utk menarik perhatian. tidak salah melakukan semua itu jika ia bjalan 2 arah. apa yg mjadi masalah jika ia hanya blaku pd 1 pihak saja. akibatnya hubungan ini berkembang mnjadi x sihat kerana 1 pihak mencintai dgn kadar yg lebih tinggi & x seimbang. padahal dlm hubungan yg sihat perlu seimbang. hubungan ini juga seringkali diambil kesempatan. bererti pihak yg merasa sbg 'objek cinta' akan mngembil keuntungan & memanfaatkan subjeknya. hubungan ini juga berlaku atas dasar kasihan yg kesannya jelas x baik di masa hadapan.
hubungan yg dimulakan kerana sebuah 'fantasi'
dlm kehidupan ada saat2 di mana seseorang masuk dlm dunia 'fantasi' . contohnya, setelah penat bekerja seorang lelaki prgi bercuti ke satu tempat & bertemu dgn seorang wanita yg juga berada di tempat yg sama. jika kedua mereka ini tertarik mereka cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta. inilah yg disebut hubungan 'fantasi'. keduanya terjebak dlm suasana santai yg sifatnya hanya 'sementara'. apabila keduanya kembali ke tempat masing2 serta kembali menjalani rutin harian maka sedikit demi sedikit hubungan yg terjalin hanyut tanpa disedari.
hubungan yg bermula atas dasar memberontak terhadap orang tua
masalah ini berlaku biasanya berlaku pd remaja yg dikawal ketat oleh ibu bapa mereka. apa2 keputusan utk masa depan dirinya ditentukan oleh org tuanya. apa hubung kaitnye dgn cinta? mudah! seorang lelaki sengaja memilih gadis yg diketahui kriterianya tidak disukai oleh ibunya kerana mahu tunjukkan rasa marah. hubungan ini byk berlaku di masyarakat kita & berakhir dgn kekecewaan. hubungan ini juga diibaratkan cinta terpaksa. jauhilah dari hubungan sebegini , kerana dua2 pihak akan terluka.
hubungan yg dimulakan dalam keadaan emosi yg masih terluka akibat putus cinta
ada yg akan cepat2 cari pengganti sebaik saja putus cinta. sama ada bertujuan utk melupakan kekasih lama atau mahu membuan segala kesedihan ataupun ingin membalas dendam. semuanya berlaku tanpa disedari. orang yg kecewa ini mudah terbawa-bawa pengalaman masa lalu. jadi jgn memaksa diri utk membina hubungan yg serius dgn org baru putus cinta! kalau hati memang sudah tertambat kepadanya tunggulah sehingga dia benar2 bersedia & ikhlas menerima cinta anda. 
hubungan yg timbul dari rasa kekaguman berlebihan
seseorang yg mengagumi pasangannya secara berlebihan biasanya akan menyimpan perasaan yg tinggi terhadap si dia. ada 1 gambaran kesempurnaan terhadap pasangannya. sedangkan pada kenyataannya xde 1 manusia pun yg sempurna! bukan mustahil si dia yg menjadi idola kamu boleh saja membuat kesalahan yg mungkin akan mengecewakan kamu suatu hari nanti. malah si dia juga mungkin akan berubah menjadi org yg kamu x suka. akibatnya perlahan2 hubungan ini akan hancur.
hubungan yg bermula dgn cinta 3 segi
jatuh cinta dgn seseorang yg sudah pun mempunya pasangan hidup. kononnya demi cinta sanggup dimadukan. jangan sangka kamu memang jika sudah berjaya menawan hati si dia. x mustahil si dia akan meninggalkan kamu seperti mana dia meninggalkan kekasih atau pasangannya yg terdahulu. oleh itu berhentilah bermain api & carilah yg masih single & available!

okey itulah beberapa info yg sy rasa bagus untuk share dgn korang,kot2 pernah ke kan terjebak dlm hubungan di atas..sy rasa sy pernah kot! upps!!! terbocor pulak..huhuhu =p 


Monday, December 13, 2010

timun kaya dgn khasiat

assalamualaikum...
hari ni sy nak kongsi sedikit khasiat & petua daripada timun..mesti korang kenal kan timun ni macam mane? kalau xtau tu sumting wrong lahh..huhu..timun ni berwarna hijau (ofcozz!!) dan lonjong2..isinya putih & sejuk je bila dimakan..Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dankarbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C.
timun bagus untuk mngurangkan lemak dlm badan!!
korang tau x?timun ni bagus untuk mereka yang ingin mngurangkan berat badan!! sebab tulah nasi lemak ada timun , mee kari dimakn bersama timun , satay ada timun dan pape jelah yg berserta dgn timun..sebab lemak yg ada dlm makanan tu akan diserap oleh zat yg ada pada timun ni..haa bagus kan!! lepas sy dapat tau je info ni terus sy makan timun sampai x hingat dunia!! sy x rasa lapar dan kuantiti makan pon dpt dikurangkan!! upss!! korang kene jugaklah exercise ok,bg kluarkan peluh & secara x langsung dpt bakar lemak2 tu kan2 =) kalau ade sembelit,makan la timun sbb timun boleh atasi masalah ini..insyaallah sembelit pon hilang,tiada lg masalah poo poo..huhuhu

timun sebagai masker wajah
sy suke parut timun dan jadikan sbg masker wajah,best tau!! kalau malas nak parut sy potong je timun tu nipis2.. khasiatnye mampu mencerahkan tona kulit dan mngurangkan kepanasan & radang kulit..mcm sy , kulit sy ni merah2 krn kesan resdung jadi sy suke buat masker timun ni,tempek2 kat muka sy dan biar selama mana yg sy suke..agak2 jelah berapa lama,sy amalkan dlm 3minggu dan mmg memuaskan,wajah nampak lbih cerah dan jerawat pon xde =) masker timun juga dpt hilangkan bengkak di mata,mata pon jadi segar!!

itulah serba sedikit info tentang timun yg sy tau dan AMALKAN ye..semua ni berdasarkan pengalaman sy so xde keraguan atau unsur2 penipuan !! ape yg sy baca dlm majalah REMAJA dan RAPI sy amalkan mane2 yg bersesuain dan sy share kat korang =)
sekian , sayonara , caucincau

Saturday, October 23, 2010

WARNA & AURA

haaa sebelum tu , korang fikir dulu warna ape yg korang sgt2 suke 
 baru boleh baca okeyh , xmo main tipu2 ek =)

~~~~~~~~~~

MERAH
positif
aktif 
produktif
ceriaa je =)
selalu memandang masa depan
mampu jd pemimpin yg efektif krn mpunyai fokus yg jelas
negatif
ego
suke nak bertengkar tau
susah nk bekerjasama
nasihat kat korang
kurangkan sikit ye aura tegas korang krn boleh mnakutkan org skeliling tu , terima pndangan org lain , jgn selalu nk cari salah org lain okeyh =)

JINGGA/OREN
positif
panjang akal
kreatif ok =)
suka membantu org lain
negatif
sgt ego & pentingkan diri
adakalanya x suke kehidupan bekeluarga
suka kesenangan duniawi sgt2
suka berkhayal & suka tentangan
nasihat kat korang
kesederhanaan dlm hidup tu penting ye , supaya segala yg dilakukan tu puas hati okeyh =)

KUNING
positif
suke menyenangkan org lain
sukakan humor & wat org ketawa
sukakan cabaran
ada kekuatan yg x terbatas , aktif
negatif
mudah terpengaruh ke arah negatif
suke mberontak je
mudah sedih , tertekan , x bahagia
nasihat  kat korang
sentiasa berhati-hati & x terjerumus kpd perkara2 yg negatif okeyh =)

HIJAU
positif
pandai , otak cerdas
personaliti & penampilan yg menarik
mpunyai keperibadian yg kuat 
boleh wat keputusan sendiri
sukar utk mengalah
negatif
xleh trime pndangan org lain
keras kepala , bongkak
x sabar2 utk dapatkan sesuatu
sukar mengakui kesilapan
nasihat kat korang
cari kwn yg dpt mghargai kelebihan korang krn selalunye korang cpt bosan dgn kwn2 yg xde cita2 & x berusaha majukan diri sendiri , okeyh =)

BIRU
positif
mudah beri perhatian kpd org lain
mahir berkomunikasi , mudah bergaul
dramatis dlm percintaan ~ romantik lah tu =)
mampu memahami ape yg org lain fikirkan
ada banyak kawan2
negatif
senang diambil kesempatan
selalu nk disayangi tp korang ragu2 sbb nk disayangi mlebihi apa2 pon di dunia ni
nasihat kat korang
belajar utk jd lebih tegas supaya x dipergunakan oleh org lain

UNGU
positif
x akan kecewakan org yg korg sayangi
sgt mghargai kebaikan org lain
sedia berkorban
x suke keluar rumah or merayap la =p
negatif
kurang mahir berkomunikasi
lemah 
jika memerlukan teman krg suke berkhayal bg mndapatkannya drpd berusaha sendiri
nasihat kat korang
korang harus berani mnghadapi dunia nyata okeyh =)

okey dah tau kan , info ni sy dpt kat web iluvislam.com 
just for fun , relaxing ur brain . . hehehe 
p/s : sy suka warna merah , korang? =)


Wednesday, October 20, 2010

MAKANAN YG MEMUDARATKAN UMAT ISLAM~

 Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita?

Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 
sy x baik untuk dimakan , makan lah daging ye ^^
**********
Untuk pengetahuan, para kafir jugak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
jangan minum sy , minum susu okey ^^
**********
 Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
pasni korang jgn salah anggap dgn sy lagi ya ^^
**********
 Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.
 
makan lah sy , jgn makan si lembu tu ^^

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed