e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Tuesday, May 7, 2013

Cerita 5 Mei

Assalamualaikum..

Seperti yang sedia maklum, PRU13 sudah tamat dengan pelbagai kejadian yang tidak dapat dirungkaikan. Waahhh macam seram je. Korang faham - faham saja lah. Tapi apa - apa pon saya tidak lagi mengundi, jadi saya tak nak ambil kisah sangat lah. Sikit - sikit tu ada jugak. Siapa kata saya tak ambil kisah langsung soal negara? Siapa?

Pada waktu rakyat Malaysia sibuk mengundi dan meramalkan keputusannya, saya ni berseronoklah berdating beriadah dengan abang sayang. haha. Beriadah lah sangat, bukan lah. Saya nak beli cenderahati berupa goodies bag untuk 50 orang anak yatim, sempena markah final exam untuk subjek Orginazational Behaviour. Korang bayang kan, macam mana nak budget duit dan apa yang nak diisi untuk 50 goodies bag itu. fuuhhh...

Alhamdulillah, perit jerih saya dan abang sayang mencari barang tu semua selesai. Ambil masa dalam 3 jam jugak lah. Mula - mula cari kat Econsave Klang, lepas tu pergi kat kedai apa entah namanya ada baaaaanyaaaak sangat barang best - best dalam kedai tu, terakhir sekali pergi Tesco Setia Alam. Cari punya cari sampai lapar balik perut kitorang ni, sebab kami breakfast pukul 2.30pm. Hahahaaa ada ke orang breakfast waktu tu? 

Waktu ni tengah on-the-way beli barang. 
Bosan kan duduk je kat tepi, so apa lagi kamera ON lah. 
Dia layan kan saja. hikhik

Best sangat, abang sayang belanja makan chicken cop, actually saya nak makan nasi goreng ja sebab murah kan. Tapi dah itu favourite food dia, suka western food. Kemain lagi selera dia yaaa. Tapi nasib baik dia berdarah Jawa, jadi takdelah 24/7 nak makan western food saja kan. Nanti makin gebu lah jawabnya makan chicken chop saja. Ohhh mintak dijauhkan..

Muka kenyang. hikhik

Jumpa lagi ya!
Terima kasih kerana membaca.
.

No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed