e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Wednesday, August 29, 2012

Ikhlas

Assalamualaikum. Masih tidak terlewat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh kaum muslimin & muslimat. Ku pohon segala salah silap harap dimaafkan, halalkan segalanya. 

Bingkisan kali ini, lebih kepada mencurahkan secebis isi hati kepada blog yang disayangi. Menjelaskan segala yang terbuku, membetulkan mana - mana yang tersalah faham dan menyambungkan tali silaturrahim yang terputus. In sya Allah.

Ya Allah,
Begitu sulit untuk melihat & mentafsir setiap ujian yang KAU kurniakan. Pengalaman lalu, membuatkan saya lebih berhati - hati dalam membuat keputusan. Tapi, mengapa sering disalah tafsir oleh mereka Ya Rabb. Bukan ingin menganiaya, jauh sekali. Ku ukir tembok pemisah agar tiada insan yang akan terluka di kemudian hari.

Ya Rahman,
Memang ku mengerti, untuk melakukan kebaikan atau berubah ke arah lebih baik, akan KAU turunkan sedikit ujian sebagai tanda kasih - sayangMU. Saya hanya inginkan persahabatan yang ikhlas, tidak lebih dari itu. Tidak lagi ku berpaling ke belakang, lalai dengan cinta. Sesungguhnya hati itu adalah selemah - lemah iman. Betapa kerdilnya aku.

Ya Rahim,
Adakah salah jika ku membataskan hubungan lawan sejenisku? Saya tidak meminta wujudnya persahabatan itu, tapi bila ia sudah terjalin menjadi sahabatku. Hatinya mula berubah, adakah kerana dia tidak ikhlas Ya Allah? Pelbagai tohmahan dilemparkan, persahabatan yang diharapkan berkekalan akhirnya...


.

2 comments:

Syafiqah Tarmizi said...

be strong dear... =)
salam aidilfitri

aryuyidIary said...

sabar ayu, you can meet the best one ;) ary.

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed