e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Tuesday, March 13, 2012

UiTM Puncak Alam

 
Fakulti Pengurusan Perniagaan yang paling tinggi tu. Kalau lif penuh, terpaksa naik tangga ke tingkat 6 - 13 kerana kelas - kelas di aras itu. Bayangkan.....

Tanggal 5 March 2012 adalah titik permulaan aku memulakan pengajianku di UITM PUNCAK ALAM. Salah seorang pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat - BM232. Perasaan aku : tidak terkata.

Kenapa tidak terkata?? Bukan teruja??

Pada awalnya aku sangkakan belajar di sana seronok, best, macam - macam ada dan sebagainya. Ternyata semuanya indah khabar dari rupa. Apa yang boleh aku katakan, UiTM PUNCAK ALAM ni memang berada di "puncak" . Aduhhh.

Ingatkan bila dah belajar kat sini, bolehlah berjalan - jalan menghilangkan kebosanan, tekanan ataupun melepaskan geram. Alahai, macam duduk kat ceruk kampung je rasa. Paling "best" pun McDonald dan Pasaraya Econsave.

Sedih sangat. Di kampus pula, jauh - jauh jarak bangunan fakulti yang ada. Kolej kediaman pula, kalau tak cukup stamina, jangan harap dapat sampai. Tangga macam kat Batu Caves tingginya. Tinggi bebenor!! Memang tidak best. kalau malas sangat nak daki tangga, naik bas rapid bayar RM1 setiap kali naik. Darab kalau ada kelas sebelah pagi dan petang berapa? Kopak poket. Aduhhh.

Satu lagi, sistem pendaftaran fakulti sangat slow/lambat. Menyusahkan kami para pelajar, dan sangat keliru. Akhirnya kami juga yang kena marah dengan lecturer. Rasa nak sepak - sepak je.

Tiba - tiba rindu kat UITM SERI ISKANDAR, tempak aku menghabiskan masaku selama 3 tahun, Diploma Akaun. Walaupun kecil, tapi tidaklah sekecil mana. Tapi lebih memudahkan perjalanan ke fakulti. Segala urusan pendaftaran, pembayaran dan sebagainya senang nak cari. hmmm...

Tidak mengapalah, adat belajar. Janji aku dapat DEKAN setiap semester. Amin..




.

2 comments:

RHI said...

ala...keciannya

betul tu yang penting buat yg terbaik ok

Syazwani Mazlan said...

teruskan perjuangan okeyy :) alaaa... dkt je nak tembus ke shah alam & KL :)

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed