Semalam hari Jumaat, penghulu segala hari. Hari yang paling dimuliakan dalam Islam. Semalam saya main masak - masak lagi. Entahlah tiba - tiba rajin pulak masuk dapur sejak duduk rumah sewa ni. Sebenarnya duit belanja tidak cukup. Huhuhu.
Ikan Masak Merah
Sayur Sawi Goreng
(errr tak pasti nama apa nak bagi)
Epal dan Oren
(baik untuk penghadaman)
Alhamdulillah walaupun tak seberapa, tapi kenyang :)
Banyak saya masak semalam, sebab masak untuk kawan yang nak datang. Tapi tidak jadi datang pula, bukan rezeki. Nasib baik ada housemate tolong makan sekali. Memang masak untuk housemates lepas balik kelas, dah macam emak tunggu anak balik makan pulak.
.
2 comments:
dah la tgah lapar tk lunch lg ni ><
alahai yekee. pegilah makan dear shazwina :)
Post a Comment