e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Monday, August 15, 2011

just to say hi

sudah lama sangat tidak meng-update-kan blog ini. sejak akhir-akhir ini banyak benda nak dibuat. lagi-lagi bila brodband celcom saya dah tidak boleh digunakan lagi. jadi untuk meng-update-kan blog ini saya tumpang-tumpang internet di library uitm saya. free of charge ! hehe..tapi bukan selalu saya dapat datang library, bila ada masa lapang jelah kan.

sekarang sudah masuk ke waktu-waktu semput bagi seseorang yang bergelar student uitm. sudah masuk bulan lapan, jadi waktu beginilah otak kena lebih produktif. test-test dan quiz akan bergabung. harap-harapnya keputusan quiz dan test bagus-baguslah semuanya. amin.

bulan lapan - bulan ramadhan / puasa. sebagai seorang student, berpuasa di universiti sememangnya menguji kekuatan iman dan mental. lagi-lagi bila kawasan kediaman terletak agak jauh daripada uitm. berjalan kaki lagi. mudah-mudahan saya tetap bertenaga sepanjang bulan yang mulia ini. cuaca pun agak baik, tidak terlalu panas, kalau tengahari panas petang nanti hujan. sejuk sikit. hehe.

saya risau lah, sekarang saya banyak ketinggalan subjek-subjek yang saya belajar sekarang. susah nak paham, kenapalah jadi macam ini. takut tidak dapat score. ishh taknak lah, saya nak dapat keputusan yang cemerlang. lagi satu, sejak akhir-akhir ini saya jadi bertambah malas nak menghadap buku. kenapa lah saya ni, teruk! kalau bukan saya yang ubah diri saya, siapa lagi kan. teruskan usaha idayu!

akhir sekali
selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan bloggers!

No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed