tengah bosan malam ni, takde benda nak dibuat. tengok-tengok blog orang terjumpa entry menarik ni. saja nak kongsikan dengan korang. =)
sila jawab dengan jujur =)
ada lima situasi berlaku serentak:
1) air mendidih kat dapur
2) air melimpah kat bilik air
3) bayi anda menangis
4) telefon berbunyi
5) ada orang ketuk pintu
tugas korang ialah korang kene fikir situasi manakah yang paling korang utamakan dahulu. antara lima situasi di atas, susun mengikut kepentingan dan keutamaan. bayangkan dan susun lah.
jangan percaya 100% okey. saja cuba-cuba okey kan =)
Apakah Ciri / Sifat / Perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
• Kalau anda memilih untuk menutup air mendidih:
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.
• Kalau anda memilih untuk menutup pilih air yang melimpah di bilik air:
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
• Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
• Kalau anda memilih untuk membuka pintu:
menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.
credit : senyumsokmo1990
No comments:
Post a Comment