e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Tuesday, January 25, 2011

LONG-distance relationship


cinta jarak jauh. saya sudah serik bercinta jarak jauh , sebelum ini semua kekasih saya duduk jauh-jauh dari saya. saya setia , tapi akhirnya saya ditinggalkan begitu sahaja. alasannya dia sudah ada kekasih baru yang sama tempat dengannya. bagaimana lagi harus saya percaya dengan cinta sebegini?


apa yang ada dalam hubungan sebegini? paling jelas sekali saya rasa keseorangan , rindu yang menyakitkan. kita tidak tahu apa aktiviti sebenar yang dilakukan oleh dia. mungkin dia berlaku curang pada kita. hubungan yang awalnya sahaja mesra , tapi semakin lama semakin pudar. tidak berseri lagi.


semua orang kata asalkan dua-dua jujur tidak menjadi masalah dalam hubungan sebegini . tapi bagi saya , semakin jauh lah seseorang itu berkemungkinan untuk tidak berlaku jujur pasa pasangannya. mereka tidak merasai apa yang saya rasakan , lebih mudah bercakap dari yang menanggungnya. 

No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed