![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAaGQ2QTgwhljoRSZpkOwJPM33N3BVN_foRJmoFyD5kpBLFX8MhPOzbABD2M6v1Ev5HIjtnMlrKjmwi-e81WyMBXaaM84TF3fnQ2UbMTMWKSabIlIw7mcpEkNAugDlaFt1slL7yyI1u4RE/s200/ninaricci.jpg)
Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-
BUNGA-BUNGAAN
Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.
BUAH-BUAHAN
Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
OCEANIC
Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.
HIJAUAN SEMULAJADI
Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !
ORIENTAL
seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.
KAYU-KAYAN
wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.
No comments:
Post a Comment