Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu semua! Semua orang suka hari minggu kan? Saya jugaaaa! hehe. Memang best kalau kita dapat melakukan aktiviti yang berfaedah dan menaikkan level endorphin kita pada hujung minggu ni. Tapi ada yang suka duduk rumah makan, tengok tv, online pagi sampai malam dan tidur di rumah sahaja. Ohh bosannya dunia kalau itu adalah saya. Mungkin orang yang prefer macam tu dah penat bekerja 5 hari tu kan.Aktiviti saya semalam? Keluar jalan - jalan dengan dia lah, itu saja lah aktiviti yang available pon. Dia pon sudah balik outstation, jadi jumpalah untuk lepaskan rindu
Semalam, kami jalan - jalan kat area Giant, Klang dan Tesco depan Giant tu je. Sebab save minyak dan saya tak suka nak jalan jauh - jauh sangat, tapi takde benda pon. Jadi lebih baik pergi kat tempat yang biasa - biasa tapi ada semua yang saya nak! haha. Saya nak karaoke, dah lama dah berhajat tau. Akhirnya dia approve juga hajat ni, kami karaoke puas - puas kat dalam Giant tu. Mula - mula tu ambil 2 jam saja, tapi sebab dah feeling - feeling sangat dia tambah lagi sejam, total 3 jam! Memang terbaik! Sampai hilang suara saya, nak nyanyi semua lagu yang menguji vokal je kaaaan. hehe. Last - last saya nyanyi lagu irama Malaysia je, tapi ada jugak lah part vokal tinggi. huuuuuh -__-
Sudah puas karaoke, ini part yang paling saya suka - MAKAN. hehe. Bukan apa, bila dia ada, saya dapat makan yang sedap - sedap. Bila dah makan berdua ni, lagi - lagi orang yang dicintai feeling waktu makan tu jadi lain, makin sedap pulak. hehe ngengade! Nak buat macam mana, normal lah kan badan akan keluarkan hormon yang positif bila kita dalam keadaan gembira :)
see, muka terlampau gembira dan ceria bila makan bersama - sama ^_^
Memang lah gembira, saya dapat makan steak! Dah bertahun saya nak makan steak ni, tapi sebab mahal kan. Mana ada duit, tapi dia memang tahu saya dah lama menginginkannya!. Dia pon rekemen kan steak pada saya, dia cakap :
dia : ayang, ni steak. sambil tunjuk kepada menu steak.
me : eh takpe ke? ayang dah order chicken chop rice with mushroom sauce.
dia : angguk2 kepala boleh bungkus steak tu makan kat bilik
me : muka serius berfikir steak tu ayang makan kat sini lah, yang chicken rice tu bungkus.
dia : kenapa?
me : nak makan steak sama dengan abang.
dia : senyum kat saya.
Saaaangat sedap chicken cop rice with mushroom sauce tu, paling sedap makan panas -panas. Steak pon sodap! Maklumlah pertama kali merasa steak kan, sedang makan tu rasa terharu gila hingga nak menangis rasanya. Dia sangat tak berkira, boleh lagi kata "ayang ada makanan lagi tak kat bilik?" padahal dah berapa banyak dia belanja saya satu hari tu. Ohh terima kasih sayangku!!
dia order chicken chop rice with mushroom sauce.
muka khusyuk makan, panas berasap.
tiup tiuuuppp
till then, take care!
.