Jangan tanyakan aku tentang cinta ..
Ia bukan keutamaanku lagi, bukan buat buat masa ini ..
Aku mencari erti kehidupan yang sebenar,
Yang selama ini begitu banyak sudah ku terlepas pandang,
Jangan tanyakan aku tentang cinta ..
Kerana aku sudah bosan akan permainannya, tiada apa -apa ..
Hanya nikmat dunia yang sementara, bukan selamanya ..
Bahkan belum pasti cinta itu milik kita ..
Jangan tanyakan aku tentang cinta ..
Kerana jiwa mengatakan, cinta belum tentu kekal ..
Kerana iman mengatakan, jodoh pertemuan di tangan tuhan ..
Walau kuat kau bertahan, kau takkan dapat menentang kuasa tuhan ..
Jangan tanyakan aku tentang cinta ..
Kerana perasaan yang hadir itu sekejap cuma ..
Janji - janji yang kau taburkan tidak akan lama ..
Sedangkan pasir di pantai berubah, inikan pula hati manusia ..
Jangan tanyakan aku tentang cinta ..
Bagiku cinta yang sebenar, bila kau sudah melafazkan 3 kata indah ..
Cinta dan setiaku hanya buat seorang hamba Allah ..
Yang akan ku lengkapkan tulang rusuknya yang telah lama hilang ..
Jangan tanyakan aku tentang cinta ..
Bagiku cinta yang sebenar, bila kau sudah melafazkan 3 kata indah ..
Cinta dan setiaku hanya buat seorang hamba Allah ..
Yang akan ku lengkapkan tulang rusuknya yang telah lama hilang ..
.
2 comments:
Apa tiga kata indah tu...hehehe....rasanya...slamt tggl sayang....btl ke...:-x
3 kata indah - aku terima nikahnya
Post a Comment