Saat dan ketika ini dia berfikir, tidak bukan hanya saat dan ketika ini sahaja. Sepertinya sudah menjadi rutin hariannya memikirkan tentang masa depannya. Adakah segala yang dirancang berjalan dengan lancar? Dapatkah dia merealisasikan segala yang dirancang? Apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
Dia berasal dari keluarga yang cukup sederhana, jadi dia risau jika faktor kewangan mengganggu segala aktiviti di masa akan datang. Apalah dayanya, dia harus faham bukan dia seorang yang perlu disuapkan nasi ke mulut. Ya, salah satu cara ialah dengan mengikat perut. Biskut kering wajib ada sebagai persediaan tatkala perut mula minta diisi.
Lagi beberapa hari menjelang sebelum dia memulakan semester keduanya. Tapi dia runsing. Kadangkala sedih memikirkan. Sudah lama baju kurung untuk ke kuliah tidak berganti, masih elok lagikah keadaannya. Sungguh, kalau boleh dia tidak mahu memberitahu orang tuanya. Dia tahu, keluarganya susah. Barang keperluan asas yang harus dibawa lagi, duit rumah sewa. Laptop, seperti sudah tidak mampu bertahan lagi. Sudah uzur barangkali, usianya sudah mencecah 5 tahun. Kalaulah semuanya percuma.
Dia, di dalam hati kecilnya. Terbit rasa kagum dan cemburu melihat kesenangan kawan - kawannya. Dapat makan mewah, handphone yang canggih, pakaian berjenama. Muda - muda lagi dapat rasa semua itu. Alangkah bertuahnya mereka. Dia juga ingin mempunyai handphone yang canggih, ingin mencuba makanan mewah yang tidak pernah dia rasa. Setiap orang punya cara hidup yang berbeza, dia sedar itu.
Allah SWT memberi apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Walaupun serba kekurangan, dia bersyukur kerana diberikan nyawa untuk terus hidup, melakukan amal ibadat. Setiap rezeki itu, harus disyukuri. Rezeki datang dalam berbagai bentuk.
Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Dia mendapat keputusan yang setimpal dengan usahanya bagi semester pertama. Usahanya berbalas, bersengkang mata dan berlapar itu sudah biasa. Tidak mengapa, baginya bersusah - susah dahulu. Syukur nikmat, hanya Allah yang berkuasa atas segalanya. Dia tidak akan lupa itu.
Dia sedar, kesenangan tidak akan datang bergolek. Semuanya terletak di atas izin dari Allah SWT. Semoga Allah sentiasa melindungi dia dari kesulitan, dimudahkan baginya jalan - jalan kejayaan. Sentiasa merendah diri di atas segala nikmat yang dikurniakan. Orang yang sombong itu tidak akan dapat mencium bau syurga. Dia akan ingat itu.
Dia,
ingin berjaya
punya cita - cita
.
2 comments:
Bersabarlh...hanya itu yg mampu smua org katakn...bak kata pepatah berat mata memandang..berat lg bahu yg menggalasnya..ingtlh teman tiada yg mudah ddunia ini...smuanya prlukn kesabaran...perlukn ketabahan..ingtlh teman..slagi kita diuji slagi itu kita dikasihi allah s.w.t...ingtlh teman...allah s.w.t itu menguji ditahap kemampuan hambanya..allah s.w.t tidak akn menguji diluar kemampuan hambanya...Semua kejayaan prlukn pengorbanan...baru kita tahu..erti kepayahan..Aku tahu bkn mudah bgmu mengharunginya seorng diri..namun prcayalh teman..kini dirimu dipimping..pejamkn mata...hulurkn tanganmu..rasakn kehadirannya..yakin dgn kalimahnya..tenangkn jiwamu...ayuh..mulakn langkah...ayuh teruskn hayunannya...kejayaan pasti milikmu...jgn menoleh lg..terus kehadapan..majukn langkahmu..getarkn rentakmu...insyaallah ijazah pasti digemgaman...anugerah dekan pasti milikmu...insyaallah..amin..akhir kata selamat maju jaya..semoga dirimu tabah dn cekal menghadapinya...iklas dr temanmu....(HACKS)...assalammualaikum.
terima kasih sahabat. semoga Allah merahmatimu. in sya Allah :)
Post a Comment