e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Sunday, July 29, 2012

tentang perasaanku

Sebelum memulakan bicara, saya tertarik untuk berkongsi satu artikel dari sebuah blog akuISLAM.
Masih belum berpunya

Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah. Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini. Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.


Dahulu, saya tidak boleh hidup tanpa cinta. Dunia terasa kosong, hati jadi mati, semangat hilang entah ke mana. Begitu besar impaknya cinta dalam hidup saya. Ya, dulu saya hanyut di bawa cinta manusia yang melalaikan. Di usia yang mentah, tiada pengalaman dalam bercinta. Itulah kesannya. Malunya saya pada Maha Pencipta...

Semakin lama, semakin saya sedar. Cinta manusia tidak membawa apa - apa kepastian melainkan dialah jodoh kita. Tetapi, kita tidak tahu siapa jodoh kita, kerana itu adalah salah satu dari rahsia Allah SWT. Dalam hidupku terkapai - kapai mencari makna cinta sejati, saya ditemukan dengan satu "cahaya" kekuatan dariNYA.

Sekarang, hidupku sudah tenang, sangat tenang dan tidak boleh digambarkan dengan kata - kata, walaupun masih belum mempunyai teman. Itu bukan keutamaanku lagi, kerana tempat itu sudah saya 'simpan' untuk yang halal bagiku. Yang Allah SWT ciptakan untukku, melengkapi tulang rusuk kirinya yang hilang. Sungguh indahnya bila membayangkan kehidupan bersama yang halal nanti, MasyaAllah.


Sebelum engkau Halal bagiku
Aku tak pernah mengharapkan apa - apa darimu kerana aku tahu bahawa dirimu belum tentu menjadi milikku

Sebelum engkau Halal bagiku
Aku tak pernah akan menyentuhmu kerana aku hanya menyentuh yang Halal untukku

Sebelum engkau Halal bagiku
Mungkin aku banyak menyendiri, tahukah kamu apa yang aku lakukan? Sebenarnya aku sedang melihat kebesaranmu, sejauh mana keikhlasanmu menerima semua ini

Sebelum engkau Halal bagiku
Aku hanya menitipkan doa disetiap sujudku, jika kita memang ditakdirkan untuk membina mahligai kehidupan yang SAKINAH MAWADDAH WARAHMAH pasti akan bersama dengan jalanNYA yang indah

Aamiin Ya Rabbal'alamiin ..


COUPLE itu HARAM!

.


No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed