Agak mengada - ngada tajuk cerita kali ini. Sekali - sekala nak mengada - ngada tidak salah kan. Apa yang tertulis, semua berdasarkan keadaan mood semasa saya, mood sekarang ialah *mengada - ngada* . Haha. Jaga adab, tatasusila gadis melayu. Astaghfirullahal'azim T__T
Siapa saya? Saya manusia lah. Saya tahu ini jawapan minta cubit - cubit manja. Hihi. Saya ni saya lah, siapa lagi kan? Saya pakai tudung, sedang berusaha untuk lebih sempurna dalam menutup aurat. Doakan semoga hati ini terus istiqamah ya. Alhamdulillah, siapa - siapa yang baca yang tolong amin kan :)
Siapa saya? Saya yang bermata sepet tu, kalau senyum eh hilang lah mata. Orang kata, bukan saya. Alahai, nak buat macam mana, mata ni Allah yang ciptakan sebegini rupa. Makin hilang sedikit nikmat yang Allah beri, sekarang mata saya sudah tidak sejelas dan seterang dahulu. Maka makin sepetlah apabila saya mahu mengfokuskan pada sesuatu, sebab tidak suka pakai cermin mata. Tiada style lah. Hihi. Degil.
Siapa saya? Saya suka sangat kucing, tapi faktor kesihatan membataskan body contact saya dengan kucing. Sedih sangat, nak peluk tak boleh, nak cium tak boleh. Bila dah belai sikit - sikit nanti saya kena pastikan tangan saya tu dibasuh dengan air. Mestilah dengan air. Hihi. Sejak kecil sampai sekarang, ubat tu makanan wajib saya. Ujian dariNYA, ada hikmah atas segala kehendakNYA kan :')
Siapa saya? Kalau awak bagi saya kerja kira - kira mesti saya tarik muka empat belas lima belas enam belas. Bagilah lagi, memang siap, tapi tak akan siap on time. Kalau awak bagi kerja macam lukis - lukis ke, warna - warna ke, yang memerlukan kreativiti dan kreatif tu saya suka. Saya suka kerja yang bebas. Tapi masih mengikut landasan syariat lah. Apa - apa yang kita buat, mesti niat kerana Allah SWT kan :)
Siapa saya? Saya ni ala - ala gadis kampung tu, agak malu - malu. Banyak yang tak tahu. Baju biasa - biasa, orangnya pun biasa - biasa. Semua biasa - biasa saja, yang penting hati bahagia dengan segala kurniaan dariNYA.
Siapa saya? Saya ni bukan malaikat, ada masanya jiwa saya memberontak dalam diam. Dalam situasi sebegitu, saya lebih suka berdiam diri, bersendirian. Alhamdulillah, selalunya situasi itu tak akan lama. Mudah sejuk orang kata :)
Siapa saya? Orang yang tak kenal saya, akan fikir saya ni sombong, tak mesra alam. Macam mana nak mesra, awak tak bagi salam dulu. Saya diam jela, saya ni pemalu, bukan tak nak tegur. Kalau awak senyum kat saya, mesti saya akan senyum kat awak balik. Kalau awak tenung saya dengan wajah yang pelik, mesti lah saya rasa cuak. Peramah saya ni, kawan yang close je yang tahu. Hihi :)
Siapa saya? Saya seorang perempuan, nampak keras, garang, kadang - kadang kasar. Minta maaf banyak - banyak bagi sesiapa yang pernah melalui fasa - fasa negatif saya tu ya. Tiada niat lain, cuma mahu membataskan pergaulan. Tapi, orang tertentu je dapat tahu siapa saya yang sebenar - benarnya. Siapa? Entah lah. Siapa - siapa lah.
Siapa saya? Saya masih mencari erti cinta sebenar, cinta yang hakiki. Mencari makna sebenar kehidupan, apa yang dicari dalam hidup ini. Saya juga punya masa silam, dan kisah silam itu mematangkan saya dengan apa itu erti kasih - sayang Allah SWT. Semoga hati sentiasa tabah dalam mencari cinta Ilahi. Amin Ya Rabbal'alamin.
.
No comments:
Post a Comment