Assalamualaikum pembaca sekalian,
Sudah lama sangat rasanya tidak update blog ini, semenjak masuk ke alam pengajian (degree) terus lupa blog. Banyak aktiviti dengan assignment, aktiviti kelab dan aktiviti - aktiviti yang sewaktu dengannya.
Malam ini, pada pukul 22.46 saya ingin menceritakan sesuatu, ianya lebih kepada meluahkan apa yang terbuku di hati kecil ini. Hati seorang gadis yang bernama Nurul Idayu bt Zuberi.
Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)
Hati,
Allah SWT menciptakan hati di mana di situ lahirnya berbagai perasaan, sama ada sedih, gembira, marah, cinta, kasih sayang, benci dan sebagainya. Hati boleh jadi sekuat besi, hati juga boleh jadi selembut tisu.
Manusia yang sedang menginjak ke alam dewasa, tidak lari dalam hal percintaan, mengasihi, mencintai, disayangi. Saya juga tidak terkecuali. Walaupun sudah berjuang sedaya boleh untuk tidak terjebak lagi di dalam hal tersebut, tetapi kerana sekeping hati yang rapuh, saya tidak dapat menidakkan kehadiran seseorang, menantikan seseorang.
Bila hati sudah mula bertaut, rindu mula bertandang. Inilah yang paling saya takutkan, perasaan yang seboleh - bolehnya yang mahu saya hindarkan. Rindu itu sangat menyakitkan, lebih - lebih lagi bila perasaan rindu itu melebihi perasaan rindu kepada Allah SWT dan baginda Nabi Muhammad SAW. Astahgfirullahalazim, betapa lemahnya iman ku...
Seringkali hati berbisik, andai dapat ku pergi merentasi masa di mana saya dapat mengenali siapa bakal suamiku, pasti tidak akan jadi begini. Tetapi itu mustahil, jodoh pertemuan adalah rahsia Allah SWT. Siapalah saya mahu meminta - minta. Hambanya yang kerdil, banyak berbuat dosa...
Ya Allah,
Hatiku pada saat ini begitu kuat mengatakan dia, adakah ini salah satu dari petunjukMU? Dari sebuah pertemuan yang tidak terlintas di fikiran, wujud satu perasaan. Ya Rabbi, jika itu satu ujian buatku, hambamu redha. Sekiranya dia jodohku, dekatkanlah hati kami, titipkan hati yang selalu mencintaiMU di dalam hati kami..
Wahai hatiku yang kecil, sabarlah menunggu. Wahai hatiku yang kecil, janganlah lalai dari tuhan yang menciptakanmu. Wahai hatiku yang kecil, yakinlah dengan tuhanmu. Wahai hatiku yang kecil, redhakanlah atas setiap yang berlaku..
Ya Rabb….
Izinkan aku menjadi sekuntum bunga, Yang dihiasi dengan kelopak akhlaq mulia, Harum wanginya dengan ilmu agama..
.BM.
.
No comments:
Post a Comment