e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Tuesday, February 21, 2012

Serabut Otak !!

Semua cakap perempuan sangat complicated atau dalam bahasa yang mudah difahami menyusahkan. Sebelum korang berani - berani nak cakap macam itu, baik korang fikir dua puluh tiga puluh kali. Hey, lelaki pon complicated jugak. Bukan semua tapi ada, macam perempuan juga. Bukan cakap kosong tapi ini pengalaman sepanjang 22 tahun aku hidup di muka bumi ini.

Tapi itulah, kenapa Allah ciptakan hati wanita itu sangat lembut? Walaupun dia tahu hatinya mungkin akan disakiti berulangkali tapi masih lagi ada ruang untuk beri peluang kepada kaum lelaki yang tidak tahu menghargai. Sebabnya Allah ciptakan wanita itu lebih isipadu/kuantiti/nisbah kasih sayang berbanding lelaki. Walaupun lembut tetapi masih kuat menahan segala sindiran, maki hamun dan tuduhan yang tidak berasas.

Aku bersabar, sabar dan sabar. Sebab aku fikir mungkin suatu hari dia akan berubah dan cuba menghargai aku yang masih mampu bersabar dengan mulutnya yang macam %$##%^&* itu. Maaf, penggunaan ayat agak kasar. 

Bohonglah aku tak sayang. Ingat senang ke dah lama - lama tapi nak terus lupakan? Sudah macam - macam cara dilakukan untuk buat dia sedar. Selalu dia tuduh - menuduh tanpa usul periksa. Cari masalah tak kena masa, lepas tu buat keputusan melulu. Agaknya dah berapa banyak air liur yang dia ludah, dah dijilat balik. Ego! Kata sayang. Sayang tahi kucing kurap !!

Susah sangatkah untuk berusaha mewujudkan suasana yang aman - damai lagi harmoni? Tak larat dah, kusut dan serabut otak ni. Asyik - asyik ulang benda yang sama. Lama - lama jiwa kacau dibuatnya. Kenapa susah sangat aku nak lepaskan dia? Walaupun dia sudah berbuih - buih mengucapkan kata - kata berbisa tapi hati aku ni terlalu gila kerana masih ada untuk dia. Cinta ni memang menyusahkan!

Aku nak lelaki yang matang, yang boleh membimbing aku ke arah kebaikan. Bukan mengajar aku untuk bercakap kurang ajar. Aku perlukan lelaki yang lembut tutur bicaranya, terselit kasih sayang yang mendalam di sebalik nada suaranya, bukan yang membawa kepada kesakitan dan kebencian. 



.

No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed