e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Tuesday, February 21, 2012

cinta ni susah laa

Cinta ni menyusahkan bila duduk berjauhan, janganlah cuba nak buat hubungan jarak jauh kalau tiada unsur faham - memahami. Cemburu kes paling tidak boleh dipisahkan. Mulalah nanti nak berlaku tidak setia atau curang. Pasang satu dua tiga orang.

Cinta ni menyusahkan, bila ego si lelaki tinggi sangat. Apalah salahnya beralah dengan si perempuan? Kata sayang kan. Tapi itulah, mula - mula je ayat manis - manis belaka. Dah lama - lama maki hamun je yang dapat. Mulalah mulut tu macam longkang. Sampaikan longkang tu lagi indah dan wangi dari mulut kau. huh !! Aku sayang kau ikhlas, bukan untuk jadi tempat kau lepas geram! AARRGHHHHHH

Cinta ni menyusahkan, sebab boleh membawa kepada masalah emosi (seperti di atas ye). Sikit - sikit nak gaduh - gaduh. Masalah bukan pape pon, hishh tidak matang langsung! Dah layak jadi bapak budak pun masih berperangai macam budak - budak. Lempang kang baru tahu.

Cinta ni menyusahkan, kerana boleh merubah dan menjejaskan imej/perwatakan seseorang. Dulu saya seorang gadis yang lemah lembut (percayalah), sukar nak mengeluarkan bahasa - bahasa berunsurkan keganasan apatah lagi mencarut. Tapi kerana cinta yang entah apa - apa saya jadi gadis yang berbahasa kasar. Tidak, saya bukan macam tu, saya bukan jenis panas baran, marah tidak tentu pasal. Saya akan menjadi selembut kapas pada yang betul - betul baik dengan saya (serius sangat)

Cinta ni menyusahkan, hanya kerana seorang lelaki yang tidak guna, habis semua lelaki kena tempias. Kesan trauma (hiperbola) yang dialami akibat cinta yang entah apa - apa. Kesian lelaki yang tidak terlibat, tapi nak buat macam mana, hati dah takut. Siapa yang nak kena tipu dua puluh tiga puluh kali kan? Korang nak?

Cinta ni memang menyusahkan, kesan kelukaan tu lain daripada kesan luka terjatuh masa berlari, jatuh basikal, tercucuk jarum, digigit oleh kucing kesayangan dan sebagainya. Kesakitan akibat luka daripada cinta yang entah apa - apa itu lebih dalam/perit. Biasanya perempuan lebih sakit, kerana tahap kecintaan dan kesetiaan lebih tinggi berbanding lelaki. Ops tidak semua (sorry)

Okey dah siap.
Cinta itu pasti ada. Cuma nasib baik tak baik je :)


.

3 comments:

RHI said...

cinta itu indah, cinta itu anugerah...cinta bukan menyusahkan...tapi ianya akan menjadi susah pada mereka yg tidak memahami apa itu cinta

Unknown said...

betul sangat! orang yang x paham tu mmg menyusahkan.

Izan Ishak said...

betul tu.. cinta tu pasti hadir dlm diri kita. cuba permasalahan cinta yg timbul tu tak sama antara satu sama lain kan. ada yg mudah aje... ada yg sukar pun ye...

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed