e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Friday, September 9, 2011

bihun ladna

sedap tau ! kesukaan saya =)

pernah rasa tak bihun ladna? sangat sedap ! setiap kali berhenti makan di kedai-kedai makan saya pasti akan order bihun ladna. sebab saya nak diet dan sukakan rasanya. kalau nak diet, elok makan bihun berbanding mee besar atau kuew tiow.

resepi bihun ladna

Bahan bahan:
1/2 peket bihun ~ direndam air panas selama 3 minit dan ditoskan.
200 gm isi ayam
5 ulas bawang putih ~ diketuk
1 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang carrot ~ potong bulat
kobis bunga
1/2 biji kobis ~ potong kecil
2 batang kailan ~ dipotong 2 cm
4 biji cili padi ~ diketuk
2 sudu kicap
900 ml stok ayam ~ ( Masukkan 900 ml air + 2 kiub pati Ayam MAGGI)
2 sudu besar tepung gandum ~ dibancuh dgn air
sedikit garam

Caranya:
Panaskan minyak dalam kuali, goreng bihun yg dicelur tadi bersama kicap. Setelah sebati, angkat dan ketepikan.
Tumis bwang putih dan bawang merah hingga naik bau.Masukkan isi ayam. Kacau hingga ayam masak.
Masukkan stok ayam tadi.Masukkan juga carrot dan bunga kobis. Biar agak mendidih.Masukkan garam.
Kemudian, masukkan bancuhan tepung jagung tadi.
Akhir sekali baru masukkan kobis, kailan dan cili padi tadi.Biar sehingga masak .
Letak bihun yg telah digoreng tadi di dalam pinggan. Tuangkan kuah tadi ke atas bihun tadi.Sedap dihidangkan panas bersama cili potong atau cili jeruk.

mudah kan? cubalah, mesti nak lagi. SELAMAT MENCUBA =)


No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed