e>

♕ ‌ awesome people ♕

Assalamualaikum semua kacak dan jelita !!
Mari bersama sihat bertenaga dengan SNE / BEAUTSKIN ESSENCE dan produk dari SNE yang lain. Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh tanya, jangan malu-malu. Saya tidak makan orang, makan sedap-sedap saja maaa :)
25 April 2013

Thursday, June 2, 2011

campur aduk

perasaan saya bercampur - aduk. ada rasa marah, geram, meluat, sedih, happy, sesat. sungguh bosan dan rasa mahu keluar dari semua ini. boleh tolong saya? =(


PELAMIN
tiba - tiba rasa excited bila google - google tak tentu hala tergoogle pula koleksi pelamin yang sangat cantik. memang kebetulan sedang dalam mood nak kahwin, tak tau lah kenapa perasaan nak menamatkan zaman anak dara ini terlalu kuat sangat. belajar tak habis lagi. =,=
nampak lain dari yang lain - pilihan saya!
berunsurkan islam, ada kubah masjid sebagai bumbung pelamin. cantik juga.

RUMAH SEWA
rumah sewa dah jumpa tapi masalah housemates pula. itulah rumah yang paling dekat dengan fakulti dan tak perlu membazir bayar tiket bas rm1.00 pergi dan balik. banyak ragam betul, nak yang best - best cari sendiri. semua nak harap orang carikan. dah ada yang itu, itu saja lah. tak nak sudah. duduk sorang pon lantaklah. dah penat nak melayan, banyak lagi yang saya nak fikir. 

KULIAH
kelas semua dah setel, lecturer dan classmates okey. alhamdulillah semua bagus. mudah - mudahan semester tujuh ini saya dapat 4flat. saya yakin boleh buat! yang penting saya kena rajin berusaha insyaallah kejayaan pasti dalam genggaman.

TOPUP
Alahai, kenapa lambat sangat kawan saya nak bagi topup ni. saya sangat - sangat memerlukan topup sekarang. ada banyak mesej - mesej penting yang tak dapat saya balas. pening kepala saya. nombor dia tak dapat dihubungi. duit saya pula memang tak cukup untuk buat belanja kalau saya beli lagi satu topup. kawanku, saya rasa terkilan. kenapa lambat sangat. saya kan sudah bagitau kredit saya sudah tinggal rm0.00 haritu. awak lupa ke? saya tunggu dari hari rabu petang lagi. saya nak marah tak sampai hati, tapi awak paham kan apa saya rasa. =,=
rasa terkilan. =,=

kesimpulannya, semua perasaan ada.

No comments:

 

Blog direka hias oleh Miss Honey Daa
Hak Cipta Terpelihara : Honey Daa copyright | Honey Daa designed