WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.
Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.
Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.
Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt di Nashville, Tennessee, berkata: “Peserta dalam kajian kami mengeluarkan 10 hingga 20 peratus lebih tinggi tenaga ketika sesi ketawa berbanding waktu rehat.”
Katanya, ketawa kecil 15 minit sehari dapat mengurangkan berat badan lebih dua kilo setahun.
Walaupun ketawa diketahui baik untuk jantung dan sistem imunisasi, ini adalah kajian pertama menyatakan faedahnya dalam usaha mengurangkan berat badan.
Penyelidik mengukur bilangan kalori yang dihapuskan oleh 45 peserta berusia antara 18 dan 34 tahun ketika mereka menonton program televisyen berbeza, termasuk program biasa dan komedi.
Hasilnya, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan peningkatan ketara penggunaan tenaga apabila rancangan komedi ditayangkan. – Agensi
No comments:
Post a Comment